Sunday 12 May 2013

RODA-RODA KEHIDUPAN

Hidup ini ibarat air yang mengalir di sungai adakalanya deras dan ada pula masanya tidak bergerak dek pandangan mata kasar. Kehidupan ini kekadang kita tidak mengetahui apa akan berlaku akan datang. Ada diantara mereka teruja dan ada yang berputus asa. Aku adalah seorang yang sangat mengharapkan yang terbaik tapi mesti ada cabaran untuk menggapai keindahan itu. Aku sekarang membawa diri apabila aku ini sangat kerdil jika dibandingkan dengan sahabatku yang lain. Banyak bezanya aku ini sekadar diploma dan mereka degree dan master. Aku sangat rasa tersisih apabila ada dikalangan mereka agak sombong. Aku bersyukur kerana mamaku sentiasa berada disisi masa senang dan susah. Mama lah sumber semangat untuk aku terus berdiri,biar aku membawa diri dan aku akan pastikan aku berjaya. thanks jugak pada sahabatku Sarah,Eika dan Rahmah yang selalu ada memberi kata0kata perangsang. love u all.

No comments:

Post a Comment